Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

PI1M mengabang lekar terletak di kawasan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekar di dalam Kampung Pagar Besi, Parlimen Setiu, Adun Batu Rakit
Asal usul nama Mengabang Lekar diperolehi dari keadaan geografi kampung yang mempunyai banyak “mengabang” atau dikenali sebagai “anak sungai” Disebabkan faktor geografi “mengabang” ini maka jalan di sekitar kampung ini berlekar-lekar (berliku-liku).

Nama batu rakit pula berasal dari kewujudan satu jajaran batu yang permukaan atasnya timbul dan terletak lebih kurang 400 meter dari daratan dan kelihatan seperti rakit. RAKR Mengabang Lekar terletak kira-kira 30km dari Bandar Kuala Terengganu.

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunaan rakyat setempat antaranya Klinik Desa, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Futsal, Balairaya, Kedai Makan, Tempat Penginapan, Tapak Pasar Malam dan Kedai Keropok Lekor yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


KDB & E-WASTE DI PI1M CHENDERING

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk mencapai visi dan misi kewujudan PI1M kepada masyarakat setempat khususnya kawasan Chendering. Selain itu memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak pi1m secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat.....baca selanjutnya

KDB & E-WASTE DI MAJLIS PERASMIAN PI1M KAMPUNG WA

Aktiviti Terkini | 09 September 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak pi1m secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat.....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA MENGABANG LEKAR

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2017

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat...baca selanjutnya

KDB & E-WASTE DI HARI TERBUKA PI1M TELAGA DAING

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Aktiviti ini merangkumi jualan simpack digi, permainan indoor dan outdoor, jamuan makan tengah hari dan cabutan bertuah. Terbuka kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran kawasan PI1M. Program ini juga hasil kerjasama dengan pihak JKKK Telaga Daing....baca selanjutnya

TAKLIMAT SISTEM MOVES KOSPEN DUN BATU RAKIT OLEH PIHAK KLINIK KESIHATAN BATU RAKIT

Aktiviti Terkini | 08 Jun 2017

Taklimat ini bertujuan untuk memudahkan ahli kospen menggunakan sistem baru dan memperkenalkan pi1m sebagai pusat tumpuan kospen serta mendapat maklumat dengan lebih jelas...baca selanjutnya

Negaraku: Menghubung Menyatu Di Sk Pulau Redang

Aktiviti Terkini | 19 - 20 Mei 2017

Program ini mendidik pengguna untuk menggunakan internet dengan betul dan merapatkan silaturahim antara penduduk Pulau Redang dan memperkenalkan program KDB dan E-Waste...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA KE PI1M TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 18 April 2017

Lawatan ini dapt memperkenalkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) dan program E-Waste kepada Ybhg. Dato Mohid Mohamed dan emperkenalkan Gugusan Kluster Kuala Terengganu/Kuala Nerus...baca selanjutnya

RIADAH FUTSAL 3 SEBELAH BERSAMA AHLI PI1M MENGABANG LEKAR

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2017

Aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan dan mengekalkan kesihatan mental dan fizikal skli gus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli PI1M dan pengurusan PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGA

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2017

Seramai 100 orang pelajar darjah 4, 5, 6 dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program Advokasi ini dijalan selama 2 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, dan taklimat mengenai E-Waste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI1M Chendering kepada warga sekolah. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif....baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & E-WASTE

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2017

Program ini telah dijalankan pada hari Selasa (21 Februari 2017) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar di sekolah tersebut. Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” merupakan sebuah program terbuka kepada semua komuniti setempat yang berbilang kaum, bangsa dan umur. Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” ini merupakan salah satu inisiatif MCMC yang dilaksanakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia untuk memperkenalkan kempen menggunakan internet dengan betul dan bijak....baca selanjutnya

LARIAN MUHIBBAH TASKA RAKR MENGABANG LEKAR

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Larian ini bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan para pelajar dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti