INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Bilangan rumah di RAKR & PAKR Mengabang Lekar
-375 buah rumah (RAKR)
-Sendiri = 319
-Sewa = 29
-Kosong = 27
Bilangan penduduk di RAKR & PAKR Mengabang Lekar dianggarkan 1523
-743 Lelaki
-780 Perempuan

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

PANTAI BATU RAKIT 
Pantai Batu Rakit terletak di bandar kecil di Batu Rakit di Kuala Terengganu. Bandar ini mendapat namanya dari formasi batu yang berbentuk rakit yang terletak berhampiran pantainya. Pantai ini adalah 30 kilometer dari Kuala Terenggau atau 15 kilometer dari Utara Merang.
Pantai Batu Rakit mempunyai panorama menarik, sangat cantik dan mendamaikan. Di sini juga banyak rumah homestay yang mengenakan harga berpatutan. Pantainya menghadap Laut China Selatan, menyebabkannya lebih luas dan lebar, berbanding di sebelah pantai barat yang agak sempit kerana terhalang oleh Selat Melaka.


PANTAI MERANG
Pantai ini amat popular bagi kaki pancing dan juga menjadi lokasi perkelahan dan permainan kanak-kanak setempat. Keistimewaan pantai ini adalah terdapatnya satu lagon yang memisahkan antara daratan dan laut serta terhampar deretan benteng pemecah ombak tidak jauh dari situ
Tidak jauh dari pantai ini terletak sebuah taman rekreasi yang menawarkan kemudahan seperti tapak perkhemahan, tempat seminar, tnadas awam, tempat letak kereta, dewan serbaguna, surau dan pelbagai lagi.



Tempat Makan Yang Menarik

KEROPOK LEKOR SUKARAMAI

Terletak di Kampung Mengabang Lekar
Kedudukan yang strategik di bahu jalan memudahkan urusan jual beli
Beroperasi bermula jam 9 a.m sehingga 11p.m
Terdapat keropok rebus, goreng dan terbaru vacuum packaging


WARUNG POK NONG IKAN CELUP TEPUNG

Warung pok nong ikan celup tepung terletak di pantai mengabang telipot
Beroperasi setiap hari kecuali hari selasa. Bermula jam 3.00pm sehingga 6.00pm
Berhampiran dengan pantai sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai



Homestay

GEM BEACH RESORT

Terletak di Batu rakit dengan keluasan 7 ekar tanah kira-kira 18 km dari kuala terengganu
Pengunjung akan terpesona dengan pantai yang berpasir dan warna air laut yang indah.
Terdapat 78 bilik untuk disewa dengan harga yang berpatutan dari kategori standard, deluxe dan suite




HOMESTAY PANTAI

Terletak di pantai batu rakit
Sangat sesuai untuk percutian satu keluarga
Berdekatan dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Teknologi Petronas (INSTEP), Jeti Merang, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Harga semalam RM150.00


HOMESTAY ZT

Alamat : Lot PT 17772 TAMAN SERI TANJUNG, BATU RAKIT 21020 KUALA TERENGGANU
Berdekatan dengan Institut Perguruan Batu Rakit, MRSM Kuala Terengganu, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, Intitut Latihan Perindustrian, Institut Teknologi Petronas

Kemudahan Awam
Balai Polis Batu Rakit
Masjid Mengabang Lekar
Klinik Kesihatan Batu Rakit
Kedai Makan
Pendidikan
Tabika Kemas Mengabang Lekar
Tadika Permata Mengabang Lekar
SK Pagar Besi
SMK Batu Rakit
Kisah Kejayaan

Nama : Badriah Binti Deraman
Umur : 26 Tahun
No. Telefon : 012-3193990
Alamat : No 123 RAKR Wakaf Belakang Pejabat Pos Wakaf Tengah, 21020 Kuala Terengganu.

Latar belakang
Cik Badriah telah memulakan perniagaan kek ini sejak tahun 2015. Pada awalnya penghasilan kek ini hanyalah dibuat kepada sanak saudara, jiran tetangga dan kawan-kawan sahaja. Tempahan dibuka pada minggu pertama dan ketiga. Kek yang ditempah akan diperolehi pada minggu kedua dan keempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Jumlah pendapatan kasar beliau bagi hasil jualan kek adalah sekitar RM200 sebulan. Kebanyakan pelanggan Cik Badriah selalu mengulang tempahan dan dianggarkan dalam 20 orang pelanggan tetap bagi perniagaan kek tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1 Malaysia Mengabang Lekar. Cik Badriah kini telah memiliki blog nya yang tersendiri dan menempatkan gambar bagi segala produk hasil tangan beliau. Selaras dengan itu ia secara tidak langsung dapat mempromosikan kek beliau kepada orang awam. Sekarang pendapatan kasar bagi hasil jualan kek beliau sekitar RM300.



Nama : Fazri Abu Khalid Dan Mustafizat Mustafa
Umur : 15 Tahun

Latar belakang
Mereka adalah pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit. Telah menjadi Ahli di Pusat Internent 1 Malaysia Mengabang Lekar. Pada tahun ini pihak sekolah telah menetapkan kerja kursus Sejarah hendaklah mengenai Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin. Terdapat maklumat yang diperlukan berada di dalam carian Internet. Mereka lantas merujuk kepada Pi1M Mengabang Lekar untuk memberi tunjuk ajar cara penggunaan dan carian maklumat berkenaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Disebabkan jurang perbezaan teknologi yang semakin maju tambahan pula khusus untuk penduduk di ,luar Bandar maka mereka mengalami kesulitan dalam menggunakan peralatan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1 Malaysia Mengabang Lekar. Mereka kini telah Berjaya mencari maklumat yang diperlukan untuk kerja kursus Sejarah sepertimana yang diminta oleh pihak sekolah mereka. Ternyata kemudahan yang disediakan oleh pihak Pi1M amat membantu dalam menyiapkan kerja kursus sejarah tersebut.


Nama : Roseniyati Binti Ibrahim
Umur : 41 Tahun
No. Telefon : 016-2225449
Alamat : 8861 Pengkalan Atap, Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu.

Latar belakang
Puan Yatie telah memulakan perniagaan ini sejak tahun 2001 secara kecil-kecilan di rumah beliau sendiri (Pengkalan Atap). Semakin lama perniagaan semakin maju dan membesarkan hadapan rumah beliau sendiri untuk dijadikan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Jumlah pengeluaran produk di Yatie Maju Enterprise terhad kepada pengunjung yang hadir ke kedai sahaja. Dianggarkan jumlah pengeluaran produk sehari adalah 100 batang keropok lekor sehari. Manakala pengluaran keropok keping adalah 250 paket sehari atau 500kg sehari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1 Malaysia Mengabang Lekar. Yatie Maju Enterprise telah memiliki blognya sendiri dan seterusnya mempromosikan produk beliau di laman blognya sendiri. Sekarang pelanggan Yatie Maju Enterprise terdiri dari penduduk Terengganu dan luar Terenganu. Ini terbukti dengan adanya blognya sendiri jumlah pengeluaran produknya meningkat. Pengeluaran keropok lekor meningkat sebanyak 200 batang sehari. Manakala pengeluaran keropok keping adalah 500 paket sehari atau 1000kg sehari.




Nama : Hafizah Binti Hashim & Nur Eydayu Binti Endut
Umur : 22 & 26 Tahun
Alamat : Kg. Darat, Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu.

Latar belakang
Permohonan kerja pada masa sekarang hanya menggunakan capaian internet seperti laman web JobsMalaysia dan juga JobStreet. Masalah utama yang dihadapi oleh mereka adalah untuk mencari dan mendaftarkan diri dalam mencari pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Menghadapi masalah dalam mendaftar untuk mencari pekerjaan. Mereka juga mempunyai masalah untuk menggunakan Microsoft Word untuk mencipta Resume.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1 Malaysia Mengabang Lekar. Mereka kini telah berjaya mendaftarkan diri dalam laman web mencari pekerjaan seperti JobsMalaysia dan Jobstreet. Mereka juga diberi pendedahan mengenai cara membuat Resume dengan lebih teratur dari Pi1M Mengabang Lekar. Ternyata kemudahan yang disediakan oleh pihak Pi1M Mengabang Lekar amat membantu dalam mencari kerja pada masa kini.


Keusahawanan

Saudagar Pau

Nama : Muhamad Alif Bin Tajul Arifin
Umur : 27 Tahun
Alamat : Lot 3217, Kg. Mengabang Telung, Wakaf Tengah 21020 Kuala Terengganu.

Usahawan ini baru memulakan perniagaan memasak setelah ditamatkan kontrak dalam industri Oil & Gas. Hidangan utama beliau adalah kuih pau dan semakin dipelbagaikan seperti nasi lemak, roti canai nasi ayam penyet, cocktail, terkini beliau terlibat dengan jualan di pasar tani. Pelanggan beliau terdiri dari penduduk tempatan, rakan-rakan dan sentiasa menerima tempahan melalui telefon serta datang ke rumah.



Yatie Maju Enterprise

Nama : Roseniyati Binti Ibrahim
Umur : 41 Tahun
No. Telefon : 016-2225449
Alamat : 8861 Pengkalan Atap, Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu.

Usahawan sepenuh masa. Mengusahakan perniagaan keropok lekor goreng dan rebus. Menghasilkan produk berasaskan hidupan laut. Puan Yati telah memulakan perniagaan sejak tahun 2001 secara kecil-kecilan di rumah beliau sendiri. Antara produk hasil keluaran kedai Puan Yati ialah keropok rebus, keropok keping, sotong kering, sos cili. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk tempatan dan menerima tempahan melalui telefon serta datang ke kedai.